KUDAT: Kira-kira 200 penduduk Kampung Tanjung Kapur di sini hilang tempat tinggal selepas 43 rumah jenis tidak kekal hangus dalam kebakaran awal pagi ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah berkata 21 anggota bersama tiga jentera memadam kebakaran bergegas ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima laporan berhubung kebakaran itu pada pukul 2.28 pagi.
"Pemadaman dijalankan menggunakan dua saluran daripada sumber air pili bomba. Kebakaran dapat dikawal pada pukul 4.21 pagi sebelum operasi ditamatkan pada 6.43 pagi ini," katanya ketika dihubungi hari ini.
Operasi oleh abggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat dan BBP Kota Marudu itu turut dibantu Angkatan Pertahanan Awam, Pasukan Bomba Sukarela Kampung Air dan Sabah Electricity Sdn Bhd.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, manakala jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 10 2022
43 rumah jenis tidak kekal hangus dalam kebakaran awal pagi itu.- Gambar hiasan
Rakyat Malaysia bimbang penipuan pembayaran
Firma perisian Analitik Global, FICO, dalam penyelidikan terbaharunya mendedahkan bahawa 32 peratus rakyat Malaysia paling bimbang ditipu dalam hal berkaitan pembayaran.
Suspek buang bayi dipercayai warga asing
Suspek buang bayi di pangsapuri di Pantai Dalam dipercayai bukan penduduk kawasan perumahan.
[INFOGRAFIK] Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ST1 2024
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan KDNK ST1 2024. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Ibu bapa bayi naik motosikal ucap terima kasih kepada PM
Pasangan suami isteri yang menaiki motosikal sambil membawa bayi berusia 11 bulan yang tular di media sosial dalam keadaan memakai alat bantuan pernafasan berterima kasih selepas mendapat bantuan.
Projek mitigasi banjir kilat Puchong dijangka siap akhir tahun ini
Projek mitigasi banjir kilat di kawasan Puchong yang menelan belanja lebih RM5 juta dijangka siap menjelang hujung tahun ini.
Piala AFF 2024 : Harimau Malaya diundi bersama juara bertahan Thailand
Skuad Harimau Malaya dijangka berdepan laluan sukar untuk mara ke separuh akhir saingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2024, apabila diundi bersama juara bertahan Thailand.
Filem Sheriff: Kutipan terkini RM60.5 juta
Kutipan filem Sheriff RM60.5 juta membuktikan filem terbitan Skop Productions dan Astro Shaw kekal mendominasi pawagam seluruh negara.
[TERKINI] Polis tingkat kawalan di premis kerajaan, tempat tumpuan awam
PDRM memandang serius isu serangan dan ancaman yang berlaku di tempat awam, termasuk di beberapa lokasi sensitif dan premis kerajaan.
4 individu mengaku bersalah datangkan bahaya masak mi segera
Empat individu termasuk seorang pembantu pergigian dan ejen hartanah mengaku bersalah di Mahkamah Bentong hari ini atas pertuduhan mendatangkan bahaya kepada orang lain.
Piala Asia: Skuad hoki dalam dewan Malaysia belasah Oman 10-2
Skuad hoki lelaki dalam dewan negara memulakan kempen mempertahankan Piala Asia Hoki Dalam Dewan 2024 dengan bergaya apabila membelasah Oman 10-2.
43 rumah hangus, 200 penduduk di Kudat hilang tempat tinggal
Kira-kira 200 penduduk Kampung Tanjung Kapur di Kudat hilang tempat tinggal selepas 43 rumah jenis tidak kekal hangus dalam kebakaran awal pagi ini.